Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif
secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan
diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kecekapan berbahasa bagi kemahiran bertutur adalah
seperti berikut:
a. Menyebut sesuatu perkataan dengan sebutan yang
betul.
b. Bertutur dengan fasih dan dapat memberi pendapat serta
pandangan dengan jelas untuk melibatkan diri dalam interaksi
sosial.
c. Berbual dan berbincang tentang kehidupan yang
berkaitan dengan diri, keluarga, dan masyarakat dengan menggunakan sebutan serta
intonasi yang betul.
d. Menyoal untuk mendapatkan maklumat dengan mengemukakan
soalan secara jelas dan sopan.
e. Menjawab secara spontan tentang sesuatu perkara atau
isu yang dikemukakan terhadapnya.
Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru
untuk meningkatkan kemahiran bertutur di kalangan pelajar:
a. Mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan
kesalahan penyebutan yang telah dikenal pasti.
b. Perbualan secara terpimpin, dialog, dan soal jawab
boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar bercakap tanpa perasaan
segan, takut, dan bosan.
c. Mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan skrip
yang sedia ada atau yang dicipta oleh pelajar sendiri.
d. Mengadakan pertandingan bercerita, perbahasan, forum,
temu ramah, ceramah, syarahan, dan sebagainya.
f. Membincangkan berita dan peristiwa semasa, membincang
isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem
atau slaid yang telah diperlihatkan.
Berdasarkan
konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal
dan
tak
formal.
Contoh bahasa
formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa
tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa
halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal
dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa
terkawal,
dan ragam
bahasa mesra dan bahasa formal.
No comments:
Post a Comment