Cabang-cabang Falsafah.
Falsafah boleh dibahagikan kepada empat cabang,iaitu
metafizik,axiologi,epistemologi,dan logik.
Metafizik (Ontologi)
Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji
tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan
susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik merujuk kepada “... yang
jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan
memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di
bawah:
- Apa itu kebenaran?
- Adakah Tuhan wujud?
- Siapa itu manusia?
- Apakah itu kebebasan manusia?
- Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
- Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
Memang tidak dapat dinafikan
bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya
merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian
saintifik.
Axiologi.
Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud
‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau
buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika
dan estetika.
1)
Etika.
Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling
sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti
moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu
masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang
berikut:
·
Meta ethics- kajian tentang konsep etika.
·
Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai
etika;
·
Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai
etika.
Sehubungan itu, etika cuba
menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
·
Apa itu kebaikan? Apakah
ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
·
Apa yang menentukan sesuatu
tindakan itu betul?
·
Adakah moraliti itu bersifat
objektif atau subjektif?
2)
Estetika. Merujuk kepada
kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan
kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-soalan
yang cuba dijawab termasuklah:
·
Apa itu
kecantikan?
·
Bagaimanakah kita dapat
menikmati keindahan alam semulajadi?
Epistemologi.
Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu
yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani
episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud
‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan
penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab
soalan-soalan seperti berikut:
- Apa itu ilmu?
- Apakah sumber-sumber pengetahuan?
- Apa yang diketahui oleh manusia?
- Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
- Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?
Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk
memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti
di bawah:
- Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
- Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage.
- Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.
- Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
- Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu;
- Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.
Logik.
Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping
memberi alasan bagu jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan
antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
Secara umumnya, terdapat dua jenis
logik:
- Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
- Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba
dijawab termasuk:
- Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
- Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?
No comments:
Post a Comment