Friday, March 29, 2013

KESAN-KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH



Pertama, banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah denagn kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan.Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik. Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid.
          Kedua, pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerluakn imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan.
         Ketiga, pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai.

KESIMPULAN:
  • Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.
  • Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.
  • Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat.
Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai. insyaAllah.

No comments:

Post a Comment