Thursday, May 9, 2013

KEMAHIRAN BERFIKIR


Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

KONSEP BERFIKIR
  • Edward de Bono ( 1976 )
    - Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
  • Dewey ( 1910 ) menegaskan :
    - Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.
  • Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur.


Berdasarkan pandangan dan definisi yang dihuraikan Konsep Pemikiran bolehlah dirumus sebagai :
“ Pemikiran ialah satu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan atau masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara iaitu membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK)

Aspek-aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif (KBKK):

· MEMBANDING BEZA

· MENGKLASIFIKASI ATAU MENGKATEGORI

· MENELITI ATAU SEBAHAGIAN DAN KESELURUHAN

· MEMBUAT SEKUAN

· MENERANGKAN SEBAB

· MEMBUAT RAMALAN

· MENYUSUL PERIKSA ANDAIAN

· MEMBUAT INFERENS

· MENGESAHKAN SUMBER MAKLUMAT

· MENJANA IDEA

· MENCIPTA ANALOGI

· MENCIPTA METAFORA

· MEMBUAT KEPUTUSAN

· MENYELESAIKAN MASALAH

3 ALTERNATIF KELAS PEMULIHAN



Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.

Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang.

Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

KONSEP PEMULIHAN


Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.


Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.


O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.




JENIS-JENIS PEMULIHAN


  • Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)

Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

  • Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)

Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa.Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PEMULIHAN


1. Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

2. Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

3. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

4. Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

5. Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu.

6. Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

7. Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

STRATEGI PEMULIHAN DALAM KELAS KHAS




  • Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  • Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  • Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
  • pendekatan bermain sambil belajar.
  • teknik bercerita.
  • teknik latih tubi.
  • teknik bersoal jawab.
  • teknik nyanyian.
  • Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
  • Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  • Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  • Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.