Thursday, May 9, 2013

KONSEP PEMULIHAN


Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.


Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.


O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.


Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.




No comments:

Post a Comment